Angka maut akibat banjir Nigeria meningkat kepada 88

ABUJA, 30 Mei – Angka kematian akibat banjir besar dicetuskan oleh hujan lebat di negeri Niger, utara-tengah Nigeria, meningkat kepada sekurang-kurangnya 88, kata pihak berkuasa tempatan pada Jumaat.

Ibrahim Isah Hussaini, ketua operasi di Agensi Pengurusan Kecemasan Negeri Niger, berkata sekurang-kurangnya 67 lagi mayat ditemui semasa usaha menyelamat berterusan di kawasan Mokwa, meningkatkan jumlah kematian daripada 21 yang dilaporkan pada Khamis.

“Jumlahnya terus meningkat. Tetapi pada pengiraan terakhir, 88 mayat telah ditemui,” kata Hussaini semasa operasi menyelamat, sambil menambah lebih ramai orang masih hilang.

XINHUA

You cannot copy content of this page