PEMAJU KANDUNGAN

IDRIS MUSA
KELULUSAN
BA Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
PENGALAMAN
Bekas Penulis Khas (Specialist Writer) di The New Straits Times Press (NSTP) Kuala Lumpur, pernah menjawat Ketua Biro Harian Metro Putrajaya dan Pengurus NSTP Biro Putrajaya.
AMARAN
Mereka yang berhati busuk, bertujuan mengganggu blog ini, dinasihatkan jangan. Sebab ada beberapa kes blog dibangunkan diganggu oleh pihak tidak bertangganungjawab. Bermacam-macam gelagat manusia, menceroboh, membohongi dan menzalimi manusia lain. Pemaju kandungan tidak pernah meredai sesiapa yang berniat tidak baik sama ada mereka yang suka menipu, mengambil kesempatan ke atas orang lain atau sengaja menyibukkan diri menjadi pemantau dan menunjukkan lagak ‘power’ mereka menyekat, nyahaktif blog komuniti pemblog – sebab – tak ada kerja lain – sistem ikut rentak sendiri – supaya diri sendiri dilamun lega. Kepada pihak-pihak yang menguatkuasakan peraturan merugikan pemblog, anda sepatutnya memulangkan kembali wang yang telah dikeluarkan pemblog untuk membina blognya atau memberikan ganti rugi kepada mereka. Jangan kerana kuasa dan daya tidak berakar Islamik, sistem berteraskan materialis dan autokrasi yang gersang daripada nilai keadilan dan kemanusiaan (seperti menyekat mana-mana domain, atau menyahaktif blog, tetapi tidak mengembalikan wang yang telah dikeluarkan oleh pemblog atau pemilik domain), noda itu meresap dan makin meresap, akhirnya menjadi suatu kebiasaan dan penerimaan dalam tamadun manusia.
Sistem, dibuat haruslah seimbang dengan mempertimbangkan pelbagai sudut, termasuk hak kemanusiaan, ruang kreativiti, kekangan dan capaian serta seni dan kesusasteraannya. Pihak-pihak yang dangkal di luar sana mungkin menanggapi sesuatu dipandang itu pahit dan menyakitkan mata sebagai contoh, tetapi itulah karya dan itulah realiti — kehidupan hari ini di ‘dunia’ hari ini yang dicorakkan manusia sendiri. Ubat umpamanya, pahit untuk ditelan, tetapi itulah ‘ubat’ yang akan membantu memberikan kesihatan dan kelegaan. Justeru, pihak-pihak yang masih terus menceroboh, menurunkan artikel tanpa keizinan pemblog (seperti dilakukan blogspot pada blog pemblog menurunkan artikel diterbitkan pemblog), menggantung atau menyahaktif blog pemblog tanpa ada sikap adil dan tanggungjawab sewajarnya ditujukan laknat dan kecelakaan. Ini atas semangat solidariti dan rasa kebertanggungjawaban bersama komuniti pemblog dalam usaha memupuk pembinaan daya kreativiti dan kelestariannya.
Anda yang berhati tulus, mengikuti kandungan blog ini dan mana-mana, semoga mendapat kebaikan daripadanya. Dan kandungan blog ini tiada satu pun bertujuan mempengaruhi sesiapa. Ianya adalah bersifat penerangan atau paparan bertujuan membantu membuka dimensi pemikiran. Anda mungkin bersetuju atau tidak, tetapi itu cerita lain. Pemaju kandungan tiada memaksa sesiapa tampil ke blog ini, malahan ia dibuat dengan tujuan asal sebagai hobi dan rujukan pantas sendiri.
E-MEL
Jika ada pertanyaan atau anda mendapati kandungan asing (tanda diceroboh) boleh emelkan:
khaliffa1024@gmail.com
MENYUMBANG
Jika anda merasakan blog ini bermanfaat dan ingin memberikan sumbangan atau tip bagi kelangsungannya boleh menyumbang melalui akaun Maybank 112268161516.