
MAKKAH — Sekumpulan kanak-kanak mengambil bahagian dalam lawatan di sekitar Masjidil Haram anjuran Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, baru-baru ini.
Kanak-kanak itu dari Pusat Al-Fikr dan Al-Mawaheb serta Pusat Sekolah Al-Abna Al-Nujabaa, telah ditunjukkan Kaabah dan melakukan Tawaf.
Menurut Noof Housawi, daripada agensi hal ehwal media presiden, lawatan itu diaturkan untuk memberikan pengalaman pendidikan kepada kanak-kanak terbabit.
“Sesi merangkumi adab memasuki Masjidil Haram, cerita mengenai nabi dan aktiviti interaktif untuk memperkayakan pengetahuan kanak-kanak dan memajukan sistem pendidikan wanita.”

Sumber – AN