Angka maut di Gaza meningkat kepada 60,332 ketika genosid Israel berterusan

1 Ogos – Agensi berita Palestin (WAFA) memetik sumber perubatan melaporkan, sekurang-kurangnya 83 rakyat Palestin terbunuh dan 554 lagi cedera di Jalur Gaza sejak 24 jam terakhir akibat genosid Israel yang berterusan di rantau itu.

Menurutnya, pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 60,332 kematian, dengan tambahan 147,643 orang mengalami kecederaan. Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Menurut sumber yang sama, katanya, jumlah kematian sejak Israel meneruskan genosid pada 18 Mac selepas gencatan senjata selama dua bulan juga meningkat kepada 9,163, selain 35,602 yang lain cedera.

You cannot copy content of this page