Pesawat kecil terhempas ke teres sebuah rumah di Jerman, 2 maut

BERLIN – Sebuah pesawat kecil terhempas ke teres sebuah bangunan kediaman di barat Jerman pada Sabtu dan dua orang terbunuh, kata polis.

Nahas berlaku di Korschenbroich, dekat bandar Mönchengladbach dan tidak jauh dari sempadan Belanda.

Pesawat itu melanggar teres bangunan dan kebakaran berlaku.

Polis berkata dua orang maut dan seorang daripada mereka mungkin juruterbang pesawat itu, lapor agensi berita Jerman dpa.

Ia tidak segera jelas sama ada orang lain berada di dalam pesawat atau di darat.

Pegawai tidak mempunyai maklumat segera mengenai punca nahas.

AP

You cannot copy content of this page