ISTANBUL, 30 Mei – Polis Turki menahan 873 orang dalam operasi keselamatan berskala besar di Istanbul bertujuan menjaga ketenteraman awam dan menangkap suspek jenayah, kata jabatan polis bandar itu pada Jumaat.
Operasi dijalankan pada Khamis itu membabitkan pusat pemeriksaan jalan raya di 215 lokasi di seluruh bandar, disokong helikopter polis dan lima bot peronda dari Cawangan Pelabuhan Marin. Pegawai juga menjalankan pemeriksaan di banyak tempat awam.
Polis berkata mereka memeriksa sejumlah 550,751 individu. Antara yang ditahan ialah 539 orang dikehendaki atas pelbagai kesalahan.
Pasukan keselamatan merampas 27 pistol tidak berlesen, lima raifal, lima senjata api kosong dan 299 butir peluru. Pihak berkuasa turut merampas 1,733 gram narkotik dan 1,300 pil dadah.
Operasi terbaharu itu susulan sapuan serupa pada 8 Mei, di mana polis menahan 982 suspek.
Jabatan Polis Istanbul berkata operasi sedemikian akan diteruskan.
XINHUA