LHASA, 12 Mei – Gempa bumi berukuran 5.5 magnitud melanda Lazi County di Xigaze City di barat daya Wilayah Autonomi Xizang China pada 5:11 pagi Isnin, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CNEC).
Pusat gempa dipantau pada 28.91 darjah lintang utara dan 87.54 darjah bujur timur. Gempa bumi melanda pada kedalaman 10 km, kata CENC.
Pihak berkuasa tempatan di Lazi County memberitahu Xinhua gempa bumi itu amat dirasai, menyebabkan sesetengah penduduk terjaga.
Berikutan gempa bumi, daerah itu segera memulakan langkah tindak balas, dengan perbandarannya menilai kesannya. Pasukan bomba dan penyelamat dari Lazi County telah dihantar ke pusat gempa.
Setakat ini, maklumat mengenai bangunan runtuh dan kemalangan jiwa masih dikumpul.
XINHUA