KAHERAH — Mesir merasmikan masjid Utsmaniyyah yang baru dibaik pulih, dibina oleh gabenor abad ke-16 Suleyman Pasha al-Khadim, yang terletak di dalam benteng yang telah menguasai latar langit Kaherah selama berabad-abad.
Masjid itu, dengan 22 kubah berjubin hijau dan mimbar (ceruk solat) bertatahkan jubin Iznik yang terkenal, adalah masjid Utsmaniyyah terawal Kaherah, dibina pada 1528 M, sebelas tahun selepas tentera Utsmaniyyah di bawah Sultan Selim menakluki Mesir daripada empayar Mamluk.
Kompleks masjid seluas 2,360 meter persegi terletak di tapak makam zaman Fatimiyah Sayed Sariya, dibina pada 1140 M dan masih bertahan.
“Bagi membezakan masjid Utsmaniyyah, menara biasanya berbentuk pensil,” kata Mostafa Waziri, ketua Majlis Tertinggi Antikuiti.
“Masjid itu terdiri daripada kawasan solat, kawasan sekitar, perkuburan Fatimiyah dan Kuttab (sekolah al-Quran).”
Masjid yang dikenali sebagai masjid Suleyman Pasha al-Khadim dan juga masjid Sariya, terletak di dalam benteng Kaherah. Benteng itu dibina oleh jeneral Islam Salah al-Din selepas dia menakluki Kaherah dari Fatimiyyah. Beberapa tahun kemudian Salah al-Din meneruskan untuk menakluki Baitulmaqdis daripada tentera Salib.
Pemulihan mengambil masa lima tahun di bawah pengawasan Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir dan Pertubuhan Arab untuk Perindustrian tentera.
Diterjemahkan daripada artikel REUTERS