
Akademi Global Raja Salman untuk Bahasa Arab telah melancarkan fasa kedua projek untuk melatih guru bahasa Arab yang bukan penutur asli, lapor Agensi Akhbar Saudi pada Khamis.
Projek itu bertujuan membangunkan kemahiran guru bahasa Arab yang bukan penutur asli bahasa tersebut dan membolehkan mereka mengajar bahasa Arab mengikut piawaian saintifik.
Latihan itu akan dilaksanakan dengan kerjasama universiti dan institut khusus dan bertujuan mempromosikan bahasa Arab secara global melalui kursus disampaikan pakar dalam bahasa Arab.
Kursus pertama fasa kedua telah dilancarkan di Almaty dengan kerjasama Universiti Perhubungan Antarabangsa dan Bahasa Dunia Kazakh Ablai Khan. Kursus itu, yang diadakan selama enam jam sehari dalam tempoh tiga hari, berakhir pada 23 Februari.
Fasa kedua projek itu termasuk 18 kursus di Arab Saudi dan 39 kursus yang akan diadakan di luar negara.
Fasa kedua dibina atas kejayaan yang pertama, di mana lima kursus latihan telah diadakan di negara ini, dengan 96 peserta. Di luar negara, 30 kursus telah diadakan di 26 negara, dengan 809 peserta.
AN