Kategori: MASJID

  • Dar al-Hijrah

    Pusat Islam Dar al-Hijrah di Virginia Utara terletak di kawasan Seven Corners di Fairfax County.

    Ia diasaskan pada 1982. [Sumber]

    Dar al-Hijrah dikatakan berkembang biarpun dengan permulaan sederhana dan cabaran dihadapi.

  • Masjid Kul Sharif

    Masjid Kul Sharif di Kazan Kremlin, terkenal sebagai – pada masa pembinaannya – salah satu masjid terbesar masjid di Rusia.

    Pada asalnya, masjid ini dibina pada abad ke-16. Ia dinamakan sempena Kul Sharif, yang merupakan seorang alim ulama di sana.

    Kul Sharif meninggal dunia ketika mempertahankan Kazan pada 1552 sewaktu Pengepungan Kazan dan masjid ini telah dimusnahkan oleh tentera Ivan the Terrible.

    Masjid ini yang mempunyai empat menara dan satu kubah boleh memuatkan kira-kira 6,000 jemaah. [Sumber]

  • Masjid al-Ismaili

    Masjid Al-Ismaili, Pasir Pekan, Tumpat, mula beroperasi pada 27 Ramadan 1435 Hijrah bersamaan 25 Julai 2014.

    Al-Ismaili adalah diambil sempena nama Sultan Ismail Petra, mengabadikan nama baginda dalam kalangan rakyat.

    Masjid ini dibina di atas tanah rizab masjid seluas 1.112 ekar.

    Majlis pecah tanah pembinaan Masjid Al-Ismaili disempurnakan oleh Sultan Muhammad V pada 22 Disember 2011.

    Dibina dengan reka bentuk lima menara, lima anak tangga dan dipagari oleh enam kubah yang melambangkan rukun iman yang enam. [Sumber]

    Lokasinya agak strategik, iaitu di bahu jalan bulatan yang menghubungkan Tumpat, Kota Bharu dan Pasir Mas.

    Masjid ini dapat menampung kira-kira 1,500 jemaah pada satu masa.

  • Masjid Wilayah Persekutuan

    Masjid Wilayah Persekutuan dibina pada 1997 dan mula digunakan pada 25 Oktober 2000.

    Masjid yang tersergam indah dan tampak gagah di lokasi agak tinggi ini dilengkapi dengan dua menara dan 22 kubah.

    Masjid ini aktif dengan pelbagai program.

    Ruang dalamannya yang luas melapangkan hati untuk beribadat di dalamnya.

    Reka bentuk masjid ini juga memudahkan semua pihak untuk bertamu, apatah lagi kawasan letak kenderaan yang agak lapang.

  • Masjid Negara

    • Masjid Negara dibina antara 1963 dan 27 Ogos 1965,
    • Lokasinya strategik kerana berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam seperti stesen kereta api dan MRT serta tempat tumpuan awam seperti Dataran Merdeka, Muzium Kesenian Islam dan Taman Burung.
    • Jaringan jalan raya untuk memasuki dan keluar dari lokasinya juga praktikal.
    • Ia menjadi mercu tanda keagungan Islam di Malaysia.
    • Kini, ia turut menjadi tumpuan pelancong.

    Tunku punya idea adalah rakyat terlebih dahulu

    Masjid Negara mempunyai gah tersendiri, tetap utuh bersama seni bina unik di tengah bandar raya Kuala Lumpur. Ia berkat keikhlasan idea dan usaha generasi dahulu.

    Pemimpin dan rakyat berganding bahu dan saling bertolak ansur. Hasilnya, Masjid Negara terus kekal menjadi simbol ketinggian Islam serta keutuhan perpaduan dan kesejahteraan.

    Lokasinya berasaskan idea Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pertama.

    Jawatankuasa pembinaannya dipengerusikan Tun Abdul Razak Hussein manakala arkiteknya, Datuk Dr Baharuddin Abu Kassim.

    Satu pertemuan bersama Baharuddin, yang diaturkan sempena Sambutan Jubli Emas Masjid Negara pada 2015, yang mana usia beliau ketika itu menjangkau 86 tahun.

    “Orang tua ni banyak lupa. Tapi kalau jolok baru keluar. Umpama buah terlampau ranum, jolok sikit jatuh.” katanya sambil melemparkan senyuman sewaktu memulakan bicara dalam temubual di masjid itu.

    Berkongsi idea pembinaan masjid itu, beliau berkata, lokasinya yang berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Kuala Lumpur adalah idea Tunku, sedangkan beliau sendiri berpendapat ia lebih menonjol di atas bukit.

    “Tunku punya idea adalah rakyat terlebih dahulu. Katanya, masjid tak guna letak atas bukit kerana jauh dari stesen kereta api.

    “Pasal orang dulu-dulu tak ada kereta, mereka naik kereta api. Sebab itu, masjid dekat dengan stesen kereta api.

    “(Namun) apabila tanya saya, saya kata di Taman Tasik Perdana (tempat Tugu Negara). Tapi dia kata, itu dera orang…orang berpeluh-peluh baru hendak solat. Saya punya idea, letak atas sedikit. Jadi, itulah kedudukannya,” katanya.

    Walaupun mempunyai idea berbeza, beliau tetap mengagumi Tunku kerana dalam serius ada kelakarnya dan dapat berunding dengan cara terbuka.

    “Beliau kata, orang datang dari Kedah, mana ada bas, apa guna masjid – guna untuk orang berteduh, lepas itu dia solat. Kita yang buat dapat pahala,” katanya mengimbau kembali kata-kata Tunku.

    Jelasnya, Tunku juga pernah mengatakan masjid berkenaan (sewaktu ingin dibina) bukan untuk orang Kuala Lumpur saja, tapi semua rakyat Malaysia.

    “(Kata Tunku) apabila kamu memulakan perjalanan, kamu pergi dengan kereta api. Jadi duduklah di masjid. Tak payah duduk di hotel.

    “Nampaknya, kita belajar bagaimana orang kampung datang ke Kuala Lumpur. Ini satu lagi kata-kata beliau membuktikan idea beliau (bernas). Beliau cakap, kamu fikir betul-betul.”

    Walaupun mempunyai idea berbeza, beliau tetap mengagumi Tunku kerana dalam serius ada kelakarnya dan dapat berunding dengan cara terbuka.

    “Beliau kata, orang datang dari Kedah, mana ada bas, apa guna masjid – guna untuk orang berteduh, lepas itu dia solat. Kita yang buat dapat pahala,” katanya mengimbau kembali kata-kata Tunku.

    Jelasnya, Tunku juga pernah mengatakan masjid berkenaan (sewaktu ingin dibina) bukan untuk orang Kuala Lumpur saja, tapi semua rakyat Malaysia.

    “(Kata Tunku) apabila kamu memulakan perjalanan, kamu pergi dengan kereta api. Jadi duduklah di masjid. Tak payah duduk di hotel.

    “Nampaknya, kita belajar bagaimana orang kampung datang ke Kuala Lumpur. Ini satu lagi kata-kata beliau membuktikan idea beliau (bernas). Beliau cakap, kamu fikir betul-betul.”

    Mengenai reka bentuk masjid, Dr Baharuddin berkata, ia sebenarnya sangat rumit, malah memakan masa sehinggakan kerja tanah sudah siap, reka bentuknya belum lagi siap.

    “Tunku komen, apa masjid rupa ini. Tapi, pengerusi jawatankuasa pembinaan adalah Tun Razak.

    “Saya berurusan dengan Tun Razak. Beliau kata, ini jangan main-main, ini serius. Bukan untuk Tunku, bukan untuk sultan, tapi untuk negara.

    Tun Razak yang meluluskan reka bentuknya,” katanya.

    Tun Razak kemudian, meminta beliau berfikir bagaimana untuk mendirikan masjid berkenaan.

    “Jadi, sultan punyal simbol buka payung (apabila mahu berjalan). Sebab itu kenapa payung datang dalam minda saya,” katanya.

    Idea payung itu adalah simbol untuk sultan dan jika tidak, beliau menggunakan kubah dalam pembinaan berkenaan.

    “Simbol penting apabila kita buat sesuatu. Sekarang, payung jenis macam mana? Payung yang (melengkung keluar – menggambarkan dengan tangan) atau payung yang lurus. Jadi, payung yang lurus sebab ia lebih senang,” katanya.

    Menurutnya, membina bangunan masjid itu tidak mudah seperti yang lain, namun dengan doa secara serius akhirnya dapat juga melakukannya.

    “Sebenarnya, Tun Razak menjadi seorang ketua yang baik. (Waktu itu) tak ada cakap Masjid Negara, hanya masjid. Kalau cakap Masjid Negara, rasa takut sikit. Jadi kamu rasa santai,” katanya.

You cannot copy content of this page