Lima sekeluarga terbunuh berikutan serangan Israel ke atas kem di Gaza

Lima rakyat Palestin terbunuh dan yang lain cedera pada Rabu selepas pesawat perang Israel menyasarkan sebuah rumah di kem pelarian Nuseirat di tengah Jalur Gaza, agensi berita Palestin WAFA melaporkan.

WAFA memetik sumber perubatan di Hospital Al-Awda melaporkan, lima orang terbunuh itu dikenal pasti sebagai Adel Khudair Abu Sarar, isterinya, dan anak-anak mereka, selepas tentera pendudukan Israel mengebom rumah mereka di kem pelarian Nuseirat di tengah Jalur Gaza pada waktu fajar.

You cannot copy content of this page